Aku berdiri dihadapan sebuah rumah anak yatim..."Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..sampai juga ye dura...silalah masuk..budak-budak tengah mandi tu..kejap lagi siaplah mereka..."
aku pon menghulurkan dua bungkus buah-buahan yang pelbagai.. "kak, saya nak gi taman kejap..nanti bila budak-budak tu dah siap..bagitau diorang saya kat sana ye..terima kasih.." dengan senyuman aku berlalu..
15 minit kemudian.....
"kak dura!! kak dura..!!" terkejut aku melihat anak itu berlari-lari mendapatkan aku. bukan apa, bimbang kalau dia terjatuh nanti... "jangan berlari la sayang...akak tak lari ke mana pon.." sepantas kilat si tangan kecil itu pantas memeluk erat tanganku..hampir-hampir saja aku terjatuh.. "yeah2...danial sampai dulu!!..hehe..kak dura..nak hadiah..." aku tersenyum.. "danial hakeem..kan akak dah ajar..bersabar..eh..mana yang lain-lain..?" danial terdiam.. "danial nak duduk berdua dengan akak je..tak nak ada yang lain-lain..hmmm.." sambil menghulurkan bungkusan kecil kepadanya, aku bersuara lagi.."apa salahnya ada yang lain-lain..kan meriah nanti..akak pon rindu pada yang lain-lain.." "terima kasih kak...!! danial rindu sangat akak..dah lama akak tak datang bercerita untuk kami.."
"kebelakangan ni akak sibuk la danial..maaf ye.." lalu aku membawanya duduk di buaian yang sedia ada...memandang si kecil yang baru sahaja berumur 4tahun tapi sangat petah berkata-kata membuat aku lupa akan masalah aku.."akak...mak ayah akak sihat?" "sihat danial" sepatah aku menjawab..danial mendekatiku lalu baring di ribaku..
"kak..hmmm...macam mane ye rasanya kasih sayang seorang mak dan ayah.." aku terdiam sambil membelai rambutnya yang keriting sedikit dengan penuh kasih sayang.. "kasih sayang mereka suci dan manis rasanya..macam danial makan madu.." sukar untuk aku huraikan kepada danial yang masih setahun jagung itu..
"danial selalu tertanya-tanya..kenapa danial dipilih hidup tanpa mak ayah..danial tak ada keluarga kak..danial sedih kak..." sebak hatiku mendengarnya.."danial hakeem...danial perlu bersyukur kerana masih dikurniakan kehidupan dan tubuh yang sihat untuk meneruskan hidup di atas dunia ini.." terlalu berat soalan yang diajukan oleh kanak-kanak yang bagiku sangat bijak berkata-kata ini..aku menyusun kata memujuk hatinya..
"dalam dunia ini, keluarga tak semestinya wujud dengan pertalian darah semata-mata..cuba lihat di sekeliling danial..ada ramai teman-teman..ada kakak-kakak dan abang-abang yang sayangkan danial..ini semua keluarga..yang paling penting..danial kena sentiasa percaya yang danial tak keseorangan..kerana Allah sentiasa ada bersama danial setiap masa.."
danial memandangku dengan penuh harapan.."kak dura pon keluarga danial kan..yang paling danial sayang.." tersentuh hatiku.."bijak...betul tu..jadilah budak baik ye..kalau nakal-nakal nanti kak dura tak nak bagi hadiah lagi.." aku mengusiknya.."baik kak dura!! danial akan jadi budak yang paling baik...hehe.." tersedar yang aku dah lama berada di taman..aku memimpin tangan danial dan membawanya ke dewan makan.."jom lah danial..kita jumpa yang lain-lain..dah lama kita tak makan bersama-sama kan.."
danial hakeem...walaupun masih kecil tapi banyak menyedarkan aku tentang kehidupan....
Tuesday, October 5, 2010
Danial Hakeem....
Posted by CiK aLfa at 9:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











0 comments:
Post a Comment