BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 19, 2012

Isu Politik???

salam sejahtera aku ucapkan kepada semua...

rasa terbuku di hata aku ni selepas terlihat fenomena negara kita ni...apa yang berlaku pada negara tercinta aku ni..?? huhh...(mengeluh panjang)

aku tengok orang hebat berbicara tentang politik..pelbagai hujah yang dilemparkan dan yang diutarakan...bagus memang bagus dari segi berkongsi pendapat dan sebagainya...tetapi...kenapa hati aku berbuku sangat ni??

begini..aku sedih bila tengok orang kita, bangsa kita ni berbalah sesama sendiri kerana politik negara ni..seandainya mereka berdebat dengan sihat atau cara yang betul tak mengapalah..ni yang aku lihat..ramai yang mengutuk sesama sendiri, keluar pelbagai kata-kata kesat dan mula bergaduh sesama sendiri sehingga bertumbuk..seolah-olah tiada pegangan..paling menyedihkan, yang terlibat adalah muda-mudi bakal pemimpin negara...

sayangnya....berpeganglah pada agama..kita kan sama agama, satu bangsa dan satu negara..sekurang-kurangnya kita ni saudara sesama Islam...saudaraku...berjuanglah dengan cara yang  betul..yang diajar oleh Rasul kita..bukan hentam-menghentam sesama Muslim...apa pula pandangan bangsa dan agama lain sekiranya begini cara kita menunujukkan contoh..??? bagai ayam berlaga, manusia bersorakan..hmmmmm

aku bukan lah menyokong mana-mana pihak..aku juga bukanlah orang yang dikatakan bagus..TIDAK sama sekali..ini sekadar berkongsi pendapat dan mengutarakan apa yang terbuku..andai sesiapa kata dia cukup bagus dan betul..buktikanlah..buktikan dengan mengharmonikan seisi alam...

apapun yang kita lakukan..berpandulah pada ajaran Rasul dan kembalilah pada kitab Allah...sesungguhnya, pelbagai nikmat yang akan diberikan di setiap perjuangan kita ke jalan yang benar...wallahu'alam...

salam ukhuwah buat teman-temanku...=)

0 comments: